ABSTRAX™ /// IN THE NEWS

Dr. Faiz dan Fahmi Fabilah memegang produk yang terlaris di booth ABSTRAX™.

Dr. Faiz dan Fahmi Fabilah memegang produk yang terlaris di booth ABSTRAX™.

ABSTRAX™ Booth at Propaganda 1.0. Below are the excerpt of the interview in Bahasa Malaysia.

PERMINTAAN terhadap barangan jenama tempatan boleh dianggap sebagai satu fenomena apabila lebih 3,000 pengunjung membanjiri Propaganda Fest 1.0 yang diadakan di Rasta Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini. Festival yang berlangsung selama dua hari itu disertai lebih 60 pemilik jenama tempatan termasuk pengusaha fesyen yang menjual pelbagai aksesori dan makanan ringan. Penganjurnya, Ashraf Amir berkata, jumlah pengunjung semakin bertambah dan tidak berganjak walaupun keadaan cuaca tidak menentu terutamanya pada sebelah petang.

“Walaupun hujan lebat, namun pengunjung tidak berganjak. Malah, program berlangsung seperti biasa tetapi sedikit perlahan kerana sebahagian kawasan tidak mempunyai bumbung. “Pengunjung juga datang seawal pukul 9 pagi dan bersabar menunggu Propaganda Fest 1.0 dibuka. Ketika pengusaha sedang menyiapkan gerai masing-masing, ada pengunjung sudah menunggu di hadapan gerai mereka,” katanya. Dia yang juga pemilik jenama Propaganda memberitahu penganjuran sulung itu memberi peluang kepada pengusaha meluaskan pasaran mereka, di samping mendekati peminat tempatan dengan produk yang mereka hasilkan.

Sementara itu, ketua kru ABSTRAX™, Dr. Faiz I. Anuar berkata, pihak kerajaan perlu memberi perhatian kepada perkembangan jualan barangan jenama tempatan kerana industri itu berpotensi berkembang lebih jauh. Rata-rata pengusaha bergerak sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Lebih elok sekiranya kerajaan memberi bantuan, tidak kira dalam apa jua bentuk agar kami dapat terus bersaing dan berjaya lebih cemerlang. “ABSTRAX™ sudah bergerak sendiri selama lima tahun, pelbagai cabaran sudah kami tempuh untuk berdiri kukuh. Jika kerajaan sedia membantu, saya yakin lebih banyak jenama akan lahir,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130921/ke_04/Fenomena-Propaganda-Fest-1.0#ixzz2rzFhH4a0
© Utusan Melayu (M) Bhd